Random Video

Cegah Rasuah Tahap Sifar Keutamaan IRC - Ambiga

2019-04-23 0 Dailymotion

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) berikrar untuk memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang merupakan antara penyumbang utama kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan dana negara oleh induvidu tertentu tidak lagi berlaku pada masa hadapan.

Menurut Ahli Jawatankuasa IRC, Datuk S Ambiga berkata, pihaknya bukan memberi fokus kepada kes 1MDB sebaliknya sedang melakukan reformasi dan pembaruan dalam sistem serta struktur yang sedia ada sebelum ini bagi memastikan undang-undang baru dapat mencegah skandal seperti itu.

Jelas beliau, IRC kini sedang bertungkus lumus bagi memastikan tidak ada langsung elemen rasuah menghantui rakyat serta negara pada masa akan datang.

“Apa yang sedang menghantui kita dalam sistem sedia adalah elemen rasuah serta salah guna kuasa oleh induvidu tertentu. Semua itu perlu dimansuhkan, perlu ada undang-undang baru dan mungkin yang tidak perlu akan dimansuhkan.

“Kita sudah kesuntukan masa, kami sememangnya melihat pembaharuan institusi SPRM dan agensi lain seperti polis dan Jabatan Peguam Negara (AGC). Semua itu sudah pasti.

“Kita tidak mahu skandal 1MDB seperti ini berlaku sekali lagi. Kerana itu perubahan ini sangat penting dan menjadi keutamaan kami. Rakyat mahukan perubahan. Itu kehendak mereka dan keutamaan kami,” katanya.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com