Random Video

TERKINI : Kejayaan di Cameron Highland Jadi Pemangkin Semangat Rampas Semenyih

2019-04-23 0 Dailymotion

SHAH ALAM - Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands menjadi pemangkin semangat kepada parti itu untuk merampas semula kerusi DUN Semenyih daripada Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, kejayan yang ditempa itu sangat bermakna selepas empat kali tewas dalam PRK sebelum ini.

"Saya bersyukur kerana pengundi Cameron Highlands telah buat keputusan memihak kepada BN. Semangat jadi kembang balik," katanya yang kini menjalankan tugas Presiden UMNO.

Beliau berkata demikian menerusi program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di sini hari ini.

Menurut Mohamad, kemenangan BN pada PRK berkenaan merupakan manifestasi bagi menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan pada hari ini.

"PH banyak tabur janji. Yang dijanji tak dibuat, yang tak dijanji mereka buat, jadi orang geram," ujar.

#malaysiagazette
#mgtv