Random Video

TERKINI : Peruntukan Tambahan Untuk Program Latihan Atlet 2019 - Syed Saddiq

2019-04-23 0 Dailymotion

Kementerian Belia dan Sukan mendapat peruntukan tambahan bagi semua Program Latihan Atlet 2019 yang kini dinamakan Program Podium.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ia melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM118 juta dengan program latihan sebanyak RM97 juta dan keperluan sains dan perubatan RM21 juta.

Beliau menjelaskan peruntukan itu merupakan peningkatan sebanyak RM28 juta berbanding RM90 juta pada tahun lalu.

“Kementerian ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan yang meluluskan bajet tambahan menerusi perbincangan dua minggu lalu.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv