Random Video

Kabinet bincang isu kuota matrikulasi untuk bukan Bumiputera

2019-04-24 424 Dailymotion

Isu sistem kuota bagi bukan Bumiputera untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kerajaan juga akan membuat pendirian berhubung perkara itu.

“Perkara ini, saya dimaklumkan, akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok.

“Saya rasa lebih baik tunggu keputusan muktamad daripada jemaah menteri supaya akan ada satu pendirian rasmi dan jelas oleh kerajaan Malaysia,” katanya.