Random Video

IKHLAS gesa Kerajaan beri peluang produk keluaran Islam atau berdepan boikot

2019-05-28 873 Dailymotion

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah menggesa kerajaan supaya memastikan pasaraya besar memberi ruang dan peluang untuk menempatkan produk keluaran Muslim.

Beliau memberitahu ketika ini terdapat 90% produk makanan halal yang dikeluarkan usahawan bumiputera yang tersedia namun kurang mendapat tempat di dalam pasaran iaitu peratusan hanya 2 hingga 3% sahaja.

Dia berkata kecelaruan dalam keluaran bukan islam dan islam akan membuat pengguna keliru.

Untuk itu dia memberitahu supaya pihak Jakim meletakkan dua logo berbeza untuk membezakan pengeluaran halal 100% dan produk dari pengeluar yang bukan islam, tapi menjual barangan halal.

Dia memberitahu sekiranya berlaku rasis ekonomi ini, pihaknya akan mengenakan kempen boikot pada pasaraya juga produk keluaran bukan islam.

Ridzuan juga akan mengadakan kempen ini selama 3 bulan untuk melihat perkembangan pihak pasaraya dan Kerajaan dalam membantu pengeluar 100% barangan halal dan dari pengeluar Islam.