Random Video

Whatsapp Haziq beria mahu tahu jadual Azmin

2019-06-14 33,731 Dailymotion

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sabah Blisson Zainuddin, memberitahu dalam satu sidang media, dia sering dihubungi oleh Haziq Aziz yang banyak kali bertanya tentang jadual dan akitiviti termasuk lokasi dan penginapan Azmin Ali melalui perhubungan whatsapp.

Ini tidak termasuk panggilan telefon yang mendesak butiran jadual di Sandakan.

Selepas PRK Sandakan, Haziq hubunginya supaya mengabaikan dan tidak mendedahkan kepada sesiapa komunikasi itu.

Dia mengakui pelik dan selepas pengakuan Haziq, ini menambah keyakinan ia adalah perancangan jahat untuk menjatuhkan Azmin.