Random Video

Polis harap ‘happy ending’ buat Indira Gandhi

2019-07-29 1,886 Dailymotion

Pihak polis telah menggandakan usaha untuk mempertemukan M Indira Gandhi dan anaknya Prasana Diksa, kata Abdul Hamid Bador.

“Saya mahu happy ending (kesudahan yang baik) untuk episod ini,” kata ketua polis negara.

Bercakap kepada media di ibu negara hari ini, beliau bagaimanapun berkata tidak dapat mendedahkan usaha itu kepada umum.

Indira terlibat dalam perebutan hak penjagaan anak dengan bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah.

Muhammad Riduan, yang berstatus mualaf, mengislamkan Prasana Diksa tanpa persetujuan Indira pada 2019 dan membawanya lari.

Kes itu telah selesai di mahkamah tetapi kedua-dua mereka tidak dapat dikesan.