Random Video

Sini sana boikot, siapa yang nak beli

2019-09-03 12,216 Dailymotion

Akhir-akhir ini terdapat kempen dalam media sosial oleh segelintir pihak supaya memboikot barangan keluaran bukan Islam dan membeli produk keluaran Islam.

Gerakan memboikot produk keluaran bukan Islam tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada sesiapa, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, rakyat Malaysia seharusnya meraikan kepelbagaian masyarakat dan memanfaatkan kekuatan bersama terutamanya dalam soal ekonomi.

“Teras kepada kemakmuran negara ini adalah sifat saling hormat-menghormati dan mempercayai antara kita termasuklah ketika menjalankan urusan ekonomi.

“Sifat saling mendukung ini akan membantu aktiviti ekonomi negara dan menjadikan negara lebih unggul,” katanya.