Random Video

Larang perkahwinan bawah umur: 7 negeri setuju, tujuh lagi tak setuju

2019-11-19 446 Dailymotion

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KPWKM Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata draf Pelan Strategik Kebangsaan akan membabitkan pindaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [Akta 303] dengan menetapkan umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.

Katanya, pelan tersebut mengandungi program tindakan melibatkan 61 agensi di peringkat kerajaaan persekutuan serta negeri dan dijangka dibentangkan dalam memorandum jemaah menteri hujung tahun ini.

“Kerajaan telah mengambil beberapa langkah dalam usaha untuk mengekang perkahwinan bawah umur iaitu melalui perundangan dan mengenal pasti punca-punca berlakunya perkahwinan bawah umur.

“Undang-undang keluarga Islam, termasuk hukum syarak, perkahwinan dan adat negeri, adalah terletak di bawah bidang kuasa Negeri dalam jadual Kesembilan, Bahagian Dua - Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menurutnya, undang-undang keluarga Islam, termasuk hukum Syarak, perkahwinan dan adat negeri, adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri dalam jadual kesembilan, bahagian dua - senarai negeri, perlembagaan persekutuan.

Beliau berkata, sehingga kini hanya negeri Selangor yang telah meminda enakmen berkenaan sementara Wilayah Persekutuan dalam proses pindaan.

"Lima negeri lain yang telah bersetuju untuk meminda adalah Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak.

"Masih terdapat tujuh negeri yang tidak bersetuju untuk meminda perundangan berkaitan iaitu di Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan.