Random Video

TH jual aset anak syarikat, Pemuda Umno lapor SPRM

2020-01-24 335 Dailymotion

Tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) menjual sebahagian daripada ladang kelapa sawit milik Tabung Haji Plantations (THP) akan diadukan Pemuda Umno Malaysia ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Ketuanya Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihak berwajib perlu menyiasat dengan segera tindakan pihak terbabit menukar jurunilai yang menyebabkan nilai hartanah TH menyusut daripada RM380 juta kepada RM170 juta.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi juga mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof segera menyatakan pendirian dan mengambil tanggungjawab berhubung penjualan aset THP itu.