Random Video

Keputusan 2, 3 jam lagi berkenaan Zohor ganti solat Jumaat di rumah

2020-03-13 3,310 Dailymotion

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad berkata arahan untuk solat Jumaat digantikan dengan solat Zohor di rumah hanya akan diputuskan dalam tempoh dua hingga tiga jam lagi.

Zulkifli berkata demikian ketika ditemui pemberita pada jam 9.15 pagi tadi.

Jelas beliau, pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai hal ini.

"Saya setuju (saranan KKM), tapi perkara tersebut (solat Jumaat) kita perlu perhalusi sedikit sahaja masa lagi.

"Dalam beberapa waktu, dua, tiga jam kerana kita perlu bincang dari semasa ke semasa,” katanya selepas menyempurnakan majlis tahnik di Putrajaya, hari ini.