Random Video

Brunei bawa pulang rakyat Malaysia terkandas di Mesir

2020-03-27 721 Dailymotion

Kerajaan Brunei bersetuju membenarkan sebahagian rakyat Malaysia yang terkandas di Kaherah, Mesir, untuk menaiki pesawat negara berkenaan, selaras dengan misi repatriasi rakyat mereka, yang dijadualkan berlepas dari Kaherah esok.

Timbalan Menteri Luar Kamarudin Jaffar berkata, disebabkan kapasiti penerbangan Brunei yang terhad, hanya 51 orang rakyat Malaysia sahaja dibolehkan menaiki penerbangan tersebut.