Random Video

Malaysia catat 6 lagi kematian, 140 kes baru Covid 19

2020-03-31 942 Dailymotion

Jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat enam kes, daripada 37 yang dilaporkan semalam kepada 43 hari ini.

Peningkatan kes harian pula sebanyak 140, menjadikan jumlah keseluruhan 2,766 kes.

Seramai 94 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, 60 memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam sidang medianya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa enam kematian baru melibatkan lima warganegara Malaysia dan seorang warganegara Indonesia.

Hampir kesemua yang menjadi korban Covid-19 berkenaan mempunyai latar belakang penyakit kronik.