Random Video

Annuar- Pakatan Harapan ada hak untuk tidak bubar DUN

2020-07-07 204 Dailymotion

Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa menyatakan, kerajaan Pakatan Harapan mempunyai hak untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pimpinan mereka kerana ia dibenarkan oleh perlembagaan persekutuan.

Semalam, Majlis Presiden PH mengumumkan negeri-negeri yang ditadbir PH tidak akan turut serta dalam pilihan raya umum jika ia diadakan sebelum tamat penggal ini.