Random Video

Mural Yang Di-Pertuan Agong dan pemimpin negara dirosakkan

2020-07-20 32 Dailymotion

Set mural yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan beberapa pemimpin lain didapati telah dirosakkan dan diconteng dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Mural di Seksyen U12 Shah Alam itu dilukis awal bulan ini, dan sejak itu menjadi tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan bahawa polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.