Random Video

Audio mirip Muhyiddin- SPRM tunggu arahan peguam negara

2020-07-23 266 Dailymotion

SPRM telah menyerahkan laporan awal berhubung dakwaan rakaman audio mirip suara Muhyiddin Yassin yang mengatakan ahli parlimen Umno boleh dipikat untuk menyertai Bersatu jika ditawarkan jawatan menteri atau jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bercakap kepada pemberita hari ini, pesuruhjayanya, Azam Baki berkata perkara itu telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara dan sedang menunggu arahan selanjutnya.