Random Video

Menteri- Peniaga tak wajib rekod suhu badan pelanggan

2020-08-27 29 Dailymotion

Suhu badan pelanggan yang berkunjung ke sesuatu premis perniagaan tidak wajib dicatat, sebaliknya hanya nama dan nombor telefon perlu direkod dalam buku jika pelanggan berkenaan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi premis yang telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana tidak merekodkan suhu badan pelanggan, mereka boleh berhubung kembali dengan pihak berkuasa terbabit.