Random Video

KKM jamin keadaan terkawal susulan 21 kanak-kanak dijangkiti di Kluster Tawar

2020-08-27 1,159 Dailymotion

Daripada 73 kes Covid-19 di kluster Tawar, 21 kes merupakan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah yang merangkumi hampir 29 peratus kluster itu setakat ini.

Ketika ditanya sekiranya sistem imun pesakit kanak-kanak berisiko terganggu akibat jangkitan virus itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan bahawa keseriusan kes ini masih terkawal.

Ini berikutan tiada pesakit kanak-kanak yang dimasukkan ke unit rawatan rapi serta pesakit kanak-kanak juga mempunyai kadar penyembuhan yang baik berdasarkan kes-kes sebelumnya.