Random Video

Covid-19- 45 kes baru, 40 kes dikesan di Kluster Benteng Lahad Datu

2020-09-10 270 Dailymotion

Penularan kes Covid-19 di negara ini terus berada di tahap tinggi dengan 45 lagi kes baru dicatatkan setakat tengah hari tadi, berbanding 24 kes, semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, kes baru yang dilaporkan hari ini terdiri daripada 44 kes penularan tempatan dan hanya satu kes import.

Di Sabah, 40 kes dikesan di Kluster Benteng Lahad Datu, di mana kesemua kes baru itu dikesan di penjara Tawau yang melibatkan 34 tahanan dan enam anggota keluarga kakitangan penjara.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/542077