Random Video

Menteri: Polis dibenarkan keluar kompaun serta merta

2020-10-07 1,947 Dailymotion

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah memberi kebenaran kepada pegawai polis berpangkat inspektor ke atas untuk mengeluarkan kompaun serta-merta di lapangan.

Sebelum ini, mana-mana individu yang melanggar undang-undang berkaitan SOP Covid-19 perlu ditahan dan dibawa ke balai polis sebelum diberikan kompaun.