Random Video

'Kalau Muhyiddin ada prinsip, dia letak jawatan seperti Dr M' - Khalid

2020-10-15 3,865 Dailymotion

Pengarah KomunikasI Amanah, Khalid Samad menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan kerana tidak mempunyai majoriti sekiranya beliau masih 'mempunyai prinsip dan tahu malu'.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Menurutnya, tindakan yang dibuat oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Februari lalu jauh 'lebih bermaruah' kerana tidak lagi mempunyai majoriti berikutan partinya Bersatu membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.