Random Video

Belanjawan Kementerian Luar diluluskan melalui undi suara

2020-12-01 1,171 Dailymotion

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar melalui undi suara.

Timbalan Speaker, Azalina Othman Said, memutuskan pengundian dijalankan selepas sesi penggulungan oleh Timbalan Menteri Luar, Kamarudin Jaafar.

RUU itu mendapat sokongan majoriti ahli parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagi.