Random Video

'Patutlah kerajaan PH tak lama' - Dewan kecoh isu penubuhan J-Kom

2020-12-10 14,336 Dailymotion

Penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini sedikit panas ketika Hannah Yeoh (PH-Segambut) membangkitkan mengenai pertindihan tugas agensi kerajaan dengan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom)

Menterinya, Saifuddin Abdullah kemudian menempelak Hannah yang merupakan bekas timbalan menteri kerana mempersoalkan kewujudan jabatan itu dan menyifatkan beliau sebagai punca kerajaan PH 'tidak dapat bertahan lama'.

Kenyataan itu menyebabkan RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit mencelahnya dan mengherdiknya kerana kenyataan yang dibuatnya itu.