Random Video

KKM fokus golongan ‘atas pagar’ berbanding antivaksin

2021-02-19 202 Dailymotion

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberi tumpuan dalam usaha meyakinkan golongan ‘atas pagar’ berbanding kumpulan antivaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia bagi memastikan sasaran Program imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu 70 hingga 80 peratus daripada penduduk Malaysia untuk mencapai imuniti kelompok.

Beliau berkata demikian ketika sesi Libat Urus COVID-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan di Putrajaya, semalam.