Random Video

Budak parah dilanggar ketika melintas di depan rumah

2021-05-28 2 Dailymotion

Seorang kanak-kanak yang tular selepas dilanggar sebuah kenderaan di hadapan rumahnya di Kampung Delek Kanan, Klang, petang Rabu lalu, disahkan parah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian 5.45 petang itu, mangsa dilanggar oleh sebuah kenderaan dipandu seorang wanita berumur 21 tahun dari arah Kampung Delek ke Sungai Udang.

Shamsul Amar berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, tular satu video seorang kanak-kanak bermain di hadapan rumah bersama rakan sebelum dilanggar sebuah kenderaan.

Menerusi video itu, pada mulanya, seorang kanak-kanak lelaki melintas jalan, diikuti dua lagi kanak-kanak termasuk mangsa.

Mangsa yang memakai baju putih dan berseluar merah bersama seorang kanak-kanak lelaki dipercayai abangnya berhenti di tepi jalan, sementara dua kenderaan lalu di hadapan mereka.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba kanak-kanak perempuan itu berlari ke jalan dan terdengar bunyi dentuman kuat disertai jeritan abangnya.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=388776205714614