Random Video

Peguam mahu polis dedah rakaman CCTV lokap Ganapathy

2021-05-31 1,122 Dailymotion

Seorang peguam yang mewakili keluarga mendiang A Ganapathy mendesak polis mendedahkan rakaman CCTV di mana si mati ditahan, sebelum dia dimasukkan ke hospital.

Pada sidang media hari ini, peguam K Ganesh berkata rakaman CCTV itu boleh menunjukkan berapa kali Ganapathy dibawa untuk disoal siasat dan keadaannya selepas itu.

Ganapathy, 40, ditangkap pada 24 Februari lalu dan ditahan oleh polis selama 12 hari atas tuduhan merompak kilang dan menyebabkan kecederaan.

Pada 11 Mai, ibu si mati, S Thanaletchumy, mendakwa bahawa anaknya dipukul ketika dalam tahanan.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/576951