Random Video

Sindiket 'call centre' warga Korea Selatan di Johor tumpas

2021-06-08 336 Dailymotion

Polis Johor menahan 10 individu termasuk sembilan lelaki warga Korea Selatan disyaki terbabit dengan sindiket 'Calling Centre' dengan nilai taruhan dianggarkan RM87 juta.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket itu tumpas hasil dua serbuan dilakukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Jabatan Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPD Iskandar Puteri.

Menurutnya, turut ditahan dalam serbuan pada jam 5 petang itu ialah seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai 'runner' serta menjaga makan, minum dan kebajikan warga Korea Selatan yang bertindak sebagai pegawai khidmat pelanggan.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=308208684358936&ref=watch_permalink