Random Video

Polis Pahang nafi ancam warga Kuantan turunkan bendera putih

2021-07-02 623 Dailymotion

Polis Pahang menafikan dakwaan yang mengatakan anggotanya mengarahkan penduduk di Kuantan menurunkan bendera putih yang dinaikkan di rumah.



Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf dalam satu kenyataan berkata arahan itu dikeluarkan kerana bendera berkenaan digantung di tiang elektrik.


Ramli berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan Adun Teruntum, Sim Chon Siang bahawa penduduk di Kuantan yang mengibarkan bendera putih telah diarahkan untuk menurunkannya.


Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/581335