Random Video

Begini keadaan terkini Fazli Zainal, nampak struggle sangat nak bernafas...

2021-08-30 13 Dailymotion

Tempoh 29 hari bertarung nyawa di hospital akibat Covid-19 cukup membuatkan penyanyi Fazli Zainal insaf dan mengingatkannya tentang hari kematian.

Menurut Fazli, 44, tahap kesihatan dan paras oksigennya semakin merosot selepas mengetahui penyanyi Siti Sarah meninggal dunia akibat jangkitan yang sama pada 9 Ogos lalu.

"Semasa dalam wad itu ramai orang tag saya di Instagram memberitahu berita arwah Siti Sarah meninggal dunia, masa tu terfikir mungkin giliran saya beberapa jam lagi.

"Saya sukar nak tidur... terpaksa meniarap dan sesak nafas dengar berita berkenaan, iyalah masa tu hanya kami berdua menjadi tumpuan. Bayangkan tahap oksigen saya menurun 55 peratus ketika saya pergi tandas dalam tempoh seminit.

"Saya fikir saya dah tak ada harapan. Saya cuma fikir satu sahaja... lepas tak seksa kubur saya nanti, sangat-sangat takut! Saya minta maaf pada semua orang ketika itu," katanya kepada mStar.