Random Video

Nampak macam idea bagus tapi 'membunuh diri' - Dr Dzulkefly

2021-09-28 2,683 Dailymotion

Komuniti perniagaan Melayu berat hati dengan usul hanya membenarkan Bumiputera menjual saham atau syarikat kepada pihak Bumiputera lain, menurut seorang bekas menteri.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad berkata, ramai ahli perniagaan Melayu yang menentang idea itu. Ada juga yang menyifatkan dasar ini sebagai dasar yang “membunuh diri”, tambahnya.