Random Video

Cabutan khas: Jangan kita undang kemurkaan Allah - MP PAS

2021-10-11 512 Dailymotion

Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) menggesa kerajaan supaya melakukan apa cara sekali pun untuk mencari sumber pendapatan baru dan membatalkan cadangan menaikkan cabutan khas judi pertaruhan kepada 22 kali sepanjang tahun ini.

Bercakap semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)(Pindaan) 2021, katanya, peningkatan jumlah cabutan khas itu tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat.