Random Video

Had umur kahwin: Adakah kerajaan nak perjudi nasib kanak-kanak? - SIS

2021-12-17 376 Dailymotion

Sisters In Islam (SIS) menyelar pendirian kerajaan bahawa tiada keperluan untuk menaikkan had umur perkahwinan minimum bagi perempuan beragama Islam kepada 18 tahun.

SIS merujuk kenyataan Menteri Hal Ehwal Agama Idris Ahmad semalam, bahawa kerajaan akan mengekalkan had umur minimum perkahwinan perempuan Islam iaitu 16 tahun.