Random Video

Mayat ditemui tanpa kaki dan tangan dipercayai dibaham buaya

2022-03-17 0 Dailymotion

Mayat seorang lelaki ditemui tanpa kaki dan tangan kanan di anak sungai Kalumpang Tawau pada Khamis akibat serangan buaya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Tawau dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Polis Sri Indah Tawau menemui mayat tersebut pada pukul 10.20 pagi dalam satu operasi mencari dan menyelamat.

Ia berikutan aduan kehilangan seorang pekerja syarikat Semporna Estate Sendirian Berhad Sungai Mas Teck Guan, pada Rabu.