Random Video

Pemilihan Bersatu - Reaksi Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, UUM

2022-03-18 0 Dailymotion

Pendaftaran pencalonan untuk pemilihan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bermula 10 pagi hingga 3 petang di ibu pejabat Bersatu, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor.

Pertandingan bagi jawatan di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi, Jawatankuasa Srikandi dan Ketua Armada.

Manakala 189 bahagian Bersatu di seluruh negara dijadual mengadakan persidangan bahagian masing-masing secara serentak pada 18 April depan, seperti yang ditetapkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.

Persidangan itu membolehkan perwakilan memilih kepimpinan parti di peringkat nasional iaitu Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Tertinggi bagi penggal 2019-2022.

Untuk mengulas lanjut pemilihan Bersatu ini, bersedia di talian Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa, UUM.