Random Video

Ingkar PKP: Pasar awam di Relau diarah tutup

2022-03-18 0 Dailymotion

Pasar awam di Kompleks Sri Aman di Relau, Pulau Pinang menjadi pasar awam pertama ditutup selama tiga hari di negeri itu selepas pengunjung dan peniaga ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasar awam yang menempatkan 20 gerai jualan itu terpaksa ditutup selepas amaran diberikan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak diendahkan.