Random Video

'Pendekatan berbeza' - Kem Rafizi mahu kembalikan identiti PKR

2022-04-04 554 Dailymotion

Dua calon naib presiden PKR yang menyokong bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bagi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu mengakui tiada "jalan pintas" untuk menawan semula Putrajaya.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang menjelaskan hasrat mereka untuk mengisi dua daripada empat jawatan naib presiden PKR bersama pasukan Rafizi.