Random Video

Selepas Rembau, spekulasi Khairy bakal bertanding di Kuala Pilah

2022-09-07 71 Dailymotion

Spekulasi kerusi yang bakal ditandingi Khairy Jamaluddin terus rancak diperkatakan selepas dia menyatakan kesediaan untuk melepaskan kerusi Parlimen Rembau kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Menurut sumber Umno Negeri Sembilan, beberapa kawasan parlimen menjadi tumpuan untuk kemungkinan bekas ketua Pemuda Umno itu bertanding pada PRU15 nanti, termasuk Tampin, Kuala Pilah atau Putrajaya.