Random Video

Banjir di Johor semakin buruk

2023-03-01 1 Dailymotion

Banjir di Johor semakin buruk

MOJO LIVE 1 MAC 2023

[MOJO LIVE] Tinjauan keadaan banjir di bandar Kota Tinggi, Johor lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Keadaan banjir di negeri ini bertambah teruk apabila 5,878 orang daripada 1,575 keluarga dipindahkan ke 54 PPS setakat jam 12 tengah hari pada Rabu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani memberitahu, jumlah itu mencatatkan peningkatan sekali ganda berbanding 2,162 orang daripada 581 keluarga direkodkan pada sebelah pagi.

Selain itu, seramai 89 calon SPM di Segamat dan Kulai terkandas akibat banjir dan tidak dapat menduduki peperiksaan pada Rabu.

Artikel: https://bit.ly/3kECnR6

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian