Random Video

'Hubungan baik dengan Tuanku adalah perkara yang saya sanjung selama hidup'

2024-01-30 3,813 Dailymotion

BERITA SEMASA 30 JANUARI 2024

Menyingkap kembali hubungan yang terjalin atas dasar sebagai ketua kerajaan sewaktu menjadi Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan kesyukuran kerana berpeluang berada di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, baginda disifatkan sebagai seorang yang bijaksana, teliti dan terbuka dalam menerima pandangan daripada kerajaan, khususnya perdana menteri.

Muhyiddin berkata demikian dalam Wawancara Eksklusif Sinar Harian, baru-baru ini.

#BeritaSemasa #Agong #AgongKita #YDPA #DaulatTuanku #DirgayahuTuanku #AlSultan