Random Video

Agong kurnia 25,000 kampit beras kepada asnaf, miskin dan mualaf di Kuala Lumpur

2024-03-22 19,773 Dailymotion

Agong kurnia 25,000 kampit beras kepada asnaf, miskin dan mualaf di Kuala Lumpur

BERITA SEMASA 22 MAC 2024

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan 25,000 kampit beras 10 kilogram dengan nilai berjumlah lebih RM950,000 kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sepanjang bulan Ramadan menerusi Program Sumbangan Sembah Kurnia.

Bantuan tersebut diagihkan menerusi 10 masjid sekitar ibu negara dengan agihan sebanyak 2,500 kampit setiap masjid.

Datuk Paduka Maharajalela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, pengagihan tersebut adalah cetusan Sultan Ibrahim dengan menggunakan dana peribadi baginda sendiri.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/655981/edisi/selangor-kl/agong-kurnia-25000-kampit-beras-kepada-asnaf-fakir-miskin-dan-mualaf

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Agong #KurniaBeras #Asnaf #Mualaf