Random Video

Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi

2024-05-29 12,186 Dailymotion

Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi

BERITA SEMASA 29 MEI 2024

Laporan penuh nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memaklumkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengenai status terkini laporan penuh nahas dua helikopter TLDM, 23 April lalu.

Jelasnya, Mohamed Khaled memaklumkan laporan telah siap dan akan diterbitkan esok, nantikan pengumuman penuh hasil siasatan nahas helikopter itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667334/berita/nasional/laporan-penuh-nahas-helikopter-tldm-diterbitkan-esok---fahmi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #hasilsiasatanpengumumannahashelikoptertldm #FahmiFadzil