Random Video

Redza Rosli cerita perkenalan dengan Bella Hanna, rupanya tak pernah bercinta

2024-06-22 157 Dailymotion

PELAKON Redza Rosli mendedahkan dia dan isteri iaitu Bella Hanna tidak pernah menjalinkan hubungan cinta secara rasmi sebelum bergelar suami isteri pada petang Jumaat.

Redza atau Ahmad Redza Rosli, 32, sebaliknya berkata, hatinya tiba-tiba tergerak untuk melamar Bella menjadi isterinya ketika mereka keluar makan bulan lalu.

Malah, pasangan ini bercadang untuk menunaikan umrah sebagai bulan madu pertama mereka.